Siri Sastera Singapuraku: Pengenalan kepada Puisi

Perlukan bahan-bahan untuk kenali Puisi Melayu? Tonton video-video pendek ini yang disampaikan oleh penyair tempatan Encik Farihan Bahron dan Dr Noridah Kamari. Bahan-bahan ini akan memberi penganalan ringkas tentang Puisi Melayu serta alat-alat sastera seperti rima, ritma dan simbol. Di akhir setiap video, anda boleh cuba aktiviti latihan dan uji daya kefahaman anda!

12 Sep 2021

Dianjurkan Oleh:
Majlis Buku Singapura

Disokong Oleh:
Majlis Seni Kebangsaan

Versions

Apakah Puisi
  • Definisi puisi 
  • Puisi Melayu Tradisional
  • Puisi Melayu Moden 
Kenapa tulis puisi? 
  • Untuk mengekspresi diri 
  • Untuk mendokumentasi fikiran dan emosi 
  • Mengongsi pandangan and pemerhatian 
  • Menyampaikan mesej
Rima dan ritma
  • Apakah rima dan ritma?
  • Bagaimana untuk membentuk rima dan ritma 
Simbol dan makna 
  • Simbol dalam puisi?
  • Tafsiran simbol secara kreatif

ABOUT SPEAKERS

Farihan Bahron

Farihan Bahron

Farihan Bahron, penerima Anugerah Harapan 2017 pernah memenangi beberapa sayembara termasuk Peraduan Asah Bakat 1998 (Hadiah Pertama - Puisi), Anugerah Pena Bakti 2000 (Hadiah Ketiga - Puisi), Anugerah Pena Emas 2003 (Hadiah Kedua - Puisi), Anugerah Pena Emas 2015 (Hadiah Pertama - Puisi dan Cerpen), Mencari Kristal 2016 (Hadiah Ketiga - Cerpen), Pertandingan Puisi Nasional 2017 (Merit) dan Sayembara Puisi Kata-Pilar 2020 (Hadiah Utama). Tukang Tunjuk Telunjuk memenangi Hadiah Sastera Singapura 2018 (puisi Melayu) sementara kumpulan cerpennya, Kesumat Sang Avatar, menerima Hadiah Kepujian (fiksyen Melayu). Farihan juga aktif dalam penulisan seni kata Dikir Barat di Singapura sejak 1996 dan telah 14 kali menerima piala ‘Seni Kata Terbaik’.

Dr Noridah Kamari

Dr Noridah Kamari

Noridah memiliki PhD dalam sastera Melayu dari Universiti Sains Malaysia (USM), dan merupakan pemilik bersama Unggun Creative. Dia telah mengajar sastera Melayu di beberapa institusi, seperti Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS). Minat penyelidikannya adalah dalam sejarah sastera, sastera tradisional Melayu, dan penulisan kreatif. Sebagai penulis, Noridah telah memenangi beberapa anugerah, termasuk Anugerah Persuratan dan Anugerah Harapan (2013) dari Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).