Kem Menulis Puisi Melayu

Mengapakah penulis mengarang puisi dan bagaimanakah caranya untuk anda menghasilkan karya puisi yang baik? Kem menulis puisi ini dikendalikan berdasarkan tanggapan bahawa penulisan yang paling menarik bermula selepas draf pertama, dan pentingnya untuk terus berlatih supaya karya anda menjadi lebih baik!

Perhatian kepada para belia dan penulis muda berumur 13-20 tahun! Sertai kem menulis puisi ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penulisan puisi. Mari terokai alat dan teknik penulisan yang anda boleh gunakan untuk tingkatkan pengkaryaan anda. Hantarkan karya anda berdasarkan tema "Coretan dan Conteng", dan andaakan dapat mengambil bahagian dalam kem menulis yang diadakan pada bulan Oktober! Sepanjang kem menulis ini, peserta akan berpeluang memperbaiki karya anda dan terima maklum balas mengenai karya anda daripada fasilitator dan rakan-rakan lain! Para peserta juga akan membuat rakaman persembahan pendek untuk pamerkan karya terbaik anda kepada awam.

* Sila baca panduan lengkap serta terma dan syarat.

 

Tarikh panggilan terbuka untuk penghantaran karya:  

30 September- 24 Ogos 2021

Hantarkan karya anda di sini!

4-5 Oktober 2021

Melalui Zoom

Dianjurkan Oleh:
Majlis Buku Singapura

Disokong Oleh:
Majlis Seni Kebangsaan

 

Version

 

 

Garis Panduan Penghantaran Karya
  1. Perkhemahan menulis ini terbuka kepada warganegara Singapura dan penduduk tetap berusia antara 13 hingga 20 tahun sahaja. 
  2. Peserta yang berminat untuk menyertai perkhemahan menulis ini perlu menghantar puisi pendek karyaan asli (50-80 perkataan setiap puisi) dalam Bahasa Melayu dan bertemakan “Coretan dan Conteng”, sewaktu panggilan terbuka. 
  3. Semua puisi harus disimpan dan dimuat naik sebagai dokumen PDF (fon: Arial, saiz: 11pt). 
  4. Penyertaan dan penghantaran karya boleh dilakukan di pautan ini, di mana maklumat peserta dan pengakuan 1perlu dibuat. 
  5. Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau sebagai kumpulan.  
    1. Untuk penyertaan secara individu, peserta perlu menghantar sekurang-kurangnya satu (1) puisi asli. 
    2. Untuk penyertaan sebagai kumpulan, kumpulan tersebut tidak boleh melebihi tiga (3) ahli kumpulan dan perlu menghantar sekurang-kurangnya dua (2) puisi asli. 
  6. Untuk penyertaan melalui sekolah yang melebihi lime (5) penyertaan, sila e-mel kami di programmes1@bookcouncil.sg 
  7. Panggilan terbuka untuk penyertaan dan penghantaran karya akan ditutup pada hari Jumaat, 24 September 2021, 2359 hrs (SGT). 
  8. Penyertaan yang tidak lengkap akan ditolak. Kandungan yang dianggap tidak sesuai atau bersifat diskriminatif juga tidak akan diterima.  
Kriteria Kelayakan
Terma dan Syarat

Timeline for Writing bootcamp

Bio on Facilitators and Mentors